••►Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,
Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.
••►Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.
••►Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan
perangsang kepadamu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.
••►Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.
••►Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.
••►Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.
••►Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu
bersuara tatkala sendirian.
Isnin, 30 April 2012
Isnin, 23 April 2012
hati yang punya cerita
andai dilihat pada langit
untung nasib pada awan dan matahari
bila terbit mentari harapkan kembali ia hujan
namun unggas tetap berterbangan
cerita dibuka tanpa usul periksa
ditembak ke atas bawah kiri kanan depan belakang
hati sudah roboh namun kekal tembok buruk
iman masih teguh walau kekal sibuk
kereta dipandu dengan arah kompas
penumpang pergi berlalu sahaja
kaca dan permata dijadi pilihan
keputusan diletak pada Tuhan
nyawa dan amanah jalan seiringan
maut menanti tanpa jawapan
hitam putih tinggi rendah buruk cantik
mata boleh ditipu tidak sekali pada timbangan

Ahad, 1 April 2012
antara cita-cita dengan masa bersama
Benarlah kata orang
Bila terjadi sesuatu baru kita akan terfikir
Dan bagusnya bila kita terus bertindak
"Ijad selalu tanya alang mana?"
Ya Allah, kau tempatkan beliau, Mohd Rohaizad bin Bakari / Mohd Rohaizad binti Kamsiah di tempat orang-orang beriman. Kau permudahkan segalanya untuk dia. Kuatkan hati-hati mereka yang sentiasa menyayanginya.
Al-Fatihah yang mampu aku sedekahkan. Kau lah juniorku. Kau lah adikku. Tunggu alang yer. =(

Langgan:
Catatan (Atom)