TETAMU

Khamis, 28 April 2011

Wahai wanita

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Entri kali ni rasanya panjang tapi xsepanjang yg hiperbola laa.

So, aku tekan enter untuk setiap baris.

Riso bile rapat benor kang saket mato nk membaconyo.

Aku sebonarnyo tahan marah dah lamo dah.

Tahan geram dan segala bagai.

So sapa kata entri aku ni aku emosi lantak aku la.

Ada aku kaco ko nk minum air teh o suam? Xkan.

Aku cito ni sebab aku ado mak, kakak duo orang dan adek pompuan sorang.

Aku dengan dorang memang rapat sangat la.

Aku memang xkisah pasai blog orang lain.

Aku juga xkesah pasai status FB orang lain.

Tapi aku kesah pasai apa yang berlaku dengan pompuan2 skang ni.

Sebelum tu aku ada la bercrito ngn ayin, niza, linda, fizah, apis pasai kena rogol la dan sebagainya sebelum ni.

Aku tak tahu nak cakap apa kat pompuan2 ni.

Pompuan yang DOWN pasai cinta.





Ada sorang dak pompuan ni, aku xda kenai pon, dia soh aku try nasihat.

Dia pon ada marah kat laki yang wat pompuan DOWN pasai cinta ni.

So aku lunaskan saranan dia kat sini je la.



PERTAMA

Aku memang benci pompuan yang suka DOWN pasai cinta.

Tambah2 kalo dorang yg declare sayang sgt2 mak bapak dorang.

Kalo sayang sgt2 mak bapak korang, apasai lu kapel jugak?

Tu maknanya lu KURANG KASIH SAYANG MAK BAPAK!

Dan lu jugak TAK SAYANG MAK BAPAK LU!



KEDUA

Aku memang benci pompuan yang suka DOWN pasai cinta.

Tambah2 kalo dorang yg declare cinta kepada ALLAH.

Kalo betoi cinta pada ALLAH, apasai lu kapel jugak?

Tu maknanya lu TAK CINTA PADA ALLAH!

Dan lu macam TAK SEMAYANG PULAK KAN SELAMA NI!

Padahal lu tau tu suma DOSA!!!


KETIGA

Aku memang benci pompuan yang suka DOWN pasai cinta.

Tambah2 kalo dorang yg declare beragama Islam.

Kalo beragama ISLAM, apasai lu kapel jugak?

Tu maknanya lu TAK BERAGAMA ISLAM!

Dan lu macam TAK BELAJAR AGAMA ISLAM KAN!

Padahal lu tau tu suma DOSA!!!


KEEMPAT

Aku memang benci pompuan yang suka DOWN pasai cinta.

Tambah2 kalo dorang yg declare pasni nak pokus pada study.

Kalo nak pokus pada study, apasai lu tetap kenang dia?

Tu maknanya lu TAK POKUS PADA STUDY!

Dan lu macam TIPU DIRI LU YANG LU BOLEH LUPA DIA KAN!

Padahal lu tau tu suma DOSA!!!


KELIMA


YANG MANA TERLIBAT DALAM CINTA NI XPAYAH LA HIPOKRIT


SEMAYANG TUNGGING TERBALIK PON DOK WAT DOSA GAK


APA GUNA LU SEMAYANG


SEMAYANG TU UNTUK CEGAH LU DARI KEMUNGKARAN


SEMAYANG TU LU KENAI DIRI, KENAI ALLAH DAN LAIN-LAIN










SEYESLY BANYAK GILE GUA NAK TULIS TAPI SEBAB TUNTUTAN KERJA NI JE LA SEMPAT WA CORETKAN UNTUK LU ORANG POMPUAN KHASNYA LAAA.




LU NK KOMEN WA PEDULI HAPA.




LU KAPEL LU LA TROUBLE.




LU TROUBLE XPAYAH KECOH, LU SETEL SENDIRI.




Ahad, 24 April 2011

Menantikan Jam 1 Petang

Entri kali direct je
Semalam awal pagi
Sementara akmal dan syam menelaah pelajaran
Aku lepak la skali
Bila dekat jam 5, beh kurang 4.45 pagi
Syam dah nk tdo
Tp stil dok dengar celoteh aku ngn akmal
Tiba2 jam 5
Angah tepon
Angah kakak syam
Syam maseh mamai
Angah dia tepon lg
Pastu Angah gtau yang adik dia masuk spital
50-50
Aku pon teros tanya dia
Nk balik skg x?
Saya hantar
Naek keta
Syam maseh lg xbuat keputusan
Tp aku teros je call Dan
Dan bangun dr tdo n ckp keta dia road tax mampos
Dan ni kalo xkerna road tax memang dia tlg nye
Bkn sbb dia ex jaksa kebajikan
Tp dh memang sifat lahiriah dia camtu
Bagossssss betoi
Dia minta aku roger jai
Aku pon roger la
Alhamdulillah jai bg kerjasama yg baek
Cuma dia pesan keta dia xleh aku lenjan
Sbb dia tau aku selalu je bawa laju
Ok la
Pastu kitorang g blok 3
Aku g bilik jai
Syam g bilik packing
Ait, lama benor packing
Sambil jai check2 keta apa yg patot
Baru la syam dtg
Masok je keta
Syam kata teros ke umah
Syam kata adik dia dh xde
Innalillahi rajiun....
Aku pon tenangkan diri
Syam pon sama
Kitorang gerak dlm kul 5.30 pagi
Bawa 80km/j ja
Sbb jai dh pesan
dan satu lg sebab kancil
So kalo xnk aku bawa laju, sila bg aku drive kancil
Konpem xlepas 80km/j
Hurm, exit tol senawang
Gerak ke Tampin, Rembau, Machap, Batang Melaka
Sampai je Angah dh tggu
Ayah dia dh tggu
Kemas2 ceket
Aku tepon mak
Maklumkan aku dah ada kt Melaka
Aku mesej suma dak2 jaksa dan laen2
Aku dpt tau jenazah otw dr spital
Suasana hiba buatkan aku kuar dr umah Syam
Pergh menitis air mata aku
Sampai je jenazah
Lagi la bila tengok mak dia pelok ayah dia
Syam xde
So, aku ngn orang spital angkat jenazah masok umah
Senang je
Tp hati ku tetap xsenang sebab suasana dlm umah
Amat2 memilukan
Seyesly aku yg hati batu ni
Sedaya upaya menahan diri dr menangis
Uruskan jenazah sebaik mungkin
Van jenazah pon berlalu pergi
Suasana makin hiba bila ramai ibu2 dtg
Aku memang dh tak tertahan
Aku mesej suma orang
........
Nt la aku sambung entri
Basah dh keypad ni!

Jumaat, 22 April 2011

IMRAN AL MUKMIN BIN NADZRI


IMRAN AL MUKMIN BIN NADZRI

Dilahirkan pada 22 April 1993. Merupakan anak keempat bagi pasangan Nadzri bin Hanif dengan Siti Hawa bt Saidin. Putera bongsu dari dua, diberi nama oleh abangnya ketika hari pertama kelahirannya. Nama panggilan keluarga Achik. Ketika kecil lebih banyak menghabiskan masa di dalam Wad Pediatrik Kanak-kanak, Hospital Taiping kerana mengalami penyakit kencing berdarah, asma, radang paru-paru dan sebagainya. 

Dibesarkan di Taman Kaya, Taiping dan mendapat pendidikan awal di Tadika Perpaduan ketika umur 6 tahun. Kemudiannya ke Tahun 1 di SK Pengkalan Aor sebelum berpindah ke SRK St. George (1) Taiping. Selepas darjah 6, beliau mendaftarkan diri ke SMK King Edward VII Taiping. Selepas keputusan PMR diumumkan, beliau kemudiannya berpindah ke SM Teknik Balik Pulau, Pulau Pinang sebelum menghabiskan Tingkatan 5 di SM Teknik Taiping, Kamunting. 

Aktif bersukan dalam ragbi dan mewakili sehingga peringkat negeri ke kejohanan kebangsaan. Mengalami kecederaan berpanjangan di bahagian belakang memaksa beliau melupakan seketika dunia ragbi. 

Orangnya sangat peramah, rajin bermasyarakat, bergaya dan sedikit gabra jika ingin melakukan sesuatu.

Malas nak wish sebab dah wish.

Hehehehehe






p/s : Personalitinya sangat2 berbeza dengan aku.


Rabu, 20 April 2011

bila masanya

dulu rasanya takda sapa sgt yang perasankan dia
aku jugak la yang tergila2kannya
tapi pendam je la
sekali
ribut taufan berlalu
dah tahun baru

WOW!!!

rezeki tahun baru ropenye
rame benor masok jarum
Hohohoho
kerana dirimu begitu berharga

HATI-HATI YEA DENGAN DORANG. 
PLEASE PLEASE JANGAN NAKAL NAKAL

Respon

1 :
Kejadahnya blog ni!!!


2 :
Sumpah xpaham wey


3 :
Ang dok crita pasai apa hah??


4 :
TAKKKKKKKKK MENARIK LANGSUNG


5 :
Ang ni banyak betoi rahsianya. Tak berubah dari kecik sampai besaq


6 :
Macam jiwang pon ada. Tapi yang konpem ANG NI DAH TAK BETOI


7 :
Rajen gile hapdet! Tp dalam semua post, satu ape aku xpaham.


8 :
Kat realiti & pantasi, memang ko ni makhluk plg susah dipahami. 100%!!!


0 : AKU
Takat no 8 je dari 3 angka. Lagipun cina kata no. 8 ONG maaaa....

Ada aku kesah ke? Perlu ke aku kesah?

Kesahnya kesah aku? Tak perlu kesah!

Tutup Pintu

D :
Tutup pintu rapat2
Tidak lupa selaknya
Ada mangga, mangga
Lagi apa ek???
Letak alarm


J :
Kenapa nie?


D :
Elak pencuri


J :
Konpem ke???? Dh yakin sangat plus tekad gile nak mati???


D :
Usaha dulu. Rasanya InsyaAllah



J :
Nanti kitorang tlg tgok2kan


D :
Timaseh sgt2...(n_n)


J :
Kalo pencuri dalam rumah, awak kunci la...biarkan dia dok dalam.


D :
Saya halau sudeh. Jangan diambil apa2. Ni je la yg saya ada


J :
Hahaha.... Dah berapa tahun? Nak sampai berapa tahun?


D :
Lama gak la.


DJB


D & J digabung menjadi DJ. D for Daddy and J for Janda. B for Bye2

Location : DJB

Selasa, 19 April 2011

Amanah

InsyaAllah saya cuba
Saya cuba yang terbaik
Terbaik untuk diri sendiri dan semua
Terima kasih kerana percayakan saya
Seyesly terharu
Dan terkejut
Saya cuba yea
Sama2 kita berjaya yea

p/s : really appreciate ur trust to me. =)

Kelu di Lidah Fasih di Hati

Semoleknya pada awalan
Sezahirnya pada akhiran

Harusnya kau pelihara dengan sebaiknya
Dia bukannya benda
Mahupun permata

Yang letaknya dalam peti
Peti emas mahupun besi
Ataupun hati
Ia tidak dapat diwarisi

Walaupun pelbagai janji ditaburi
Peliharalah dengan penuh kasih
Penuh sayang
Sehingga takkan kau terbayang

Satu masa
Tika itu
Air mata tidak berguna
Mengalirnya terus tanpa henti
Diusap basahnya pipi

Dan akal masih enggan mengerti
Bahawasanya engkau insan yang rugi
Kerana membiarkan dia pergi
Pergi meninggalkan kau di sini
Tak sesekali dia kembali di sisi

Kerna telah ditunjukkan Ilahi
Siapa yang harus dia ikuti
Siapa yang patut bertakhta di hati

Nescaya sampai sekarang kau tangisi
Tangisi yang kian pasti
Yang takkan menoleh lagi
Membiarkan sebegini

Lalu hadirnya pengganti
Ibaratkan sang pelangi
Tapi jangan kau ulangi
Tatkala kau hampir miliki
Bukan yang lepas tapi terkini
Yang tidak indah tapi murni

Semuanya telah dikehendaki
Oleh Ya Rabbul Alamin

perkembangan terkini

sengaja senyum
sengaja buat lawak
sengaja cergas

















*sengaja buat2 untuk senangkan dan jaga hati orang

Kalaulah

Kalaulah ikutkan hati ini
Memang dah lama saya cakap "saya sayang awak"

Kalaulah ikutkan hati ini
Memang dah lama dah kita dating

Kalaulah ikutkan hati ini
Memang nak bawa awak g jenjalan, makan2, bowling, wayang
dan segala bagailah

Kalaulah ikutkan hati ini
Memang nak kawen ngn awak
Hidup berkeluarga dgn awak

Kalaulah ikutkan hati ini
Memang nak je tengok awak hari-hari

Kalaulah ikutkan hati ini
Memang nak je awak bersama dgn saya

Kalaulah ikutkan hati ini
Saya memang xsayang diri

Kalaulah ikutkan hati ini
Saya memang macam xberagama

Kalaulah ikutkan hati ini
Saya memang macam xberakal

Kalaulah ikutkan hati ini
Barangkali ku pinggirkan Ilahi











p/s : Anda semua akan jumpa quote di atas dan laen2 entri di satu tempat....Hehehe

Isnin, 18 April 2011

jiwa romantis

ada permintaan orang minta aku lembutkan hatiku
lembutkan hatiku untuk senang bercinta
belajar memahami wanita
belajar melayan jiwa dan perasaan mereka
.
.
.
.
.
.
.
.
aku kalo benda tu xmemberi duit, memang aku wt bodo je

Ahad, 17 April 2011

Kabur

Kabur mataku
Kabur diriku
Kaburlah engkau
Kabur dari hatiku
Kabur dari pandanganku
Kabur dari ingatanku
Tolonglah
Aku dah lama pendam
Tolonglah
Aku dah lama simpan
Jalan baik2 yea
Aku pon nak kabur dari engkau

Senyuman Bahagia

Bila orang tengok aku tersenyum
Dorang bley kata aku bahagia
Bunga2 cinta la
Tasbih cinta la
Ramai yang suka tengok aku bahagia
Ramai yang kata sekarang ni senyuman aku dah lain
Senyuman penuh makna
Senyuman penuh bahagia
Tapi
.
.
.
.
.
.
.
Aku pon xtau sangat nak cakap camne
.
.
.
.
Betoi ke
.
.
.
Bagaimana Allah pamerkan kebahagiaan aku depan dorang
.
.
.
Bagi aku senyuman aku biasa je
.
.
.
.
Sebenarnya aku sedang menderita ada la
Sedang menempuh satu persatu
Gigih
Kuatkan hati
Hadapi satu persatu
Cuba hadapi dengan tenang
Cuba hadapi dengan senyuman
Adakah setiap ujian ini telah aku tempuhi dengan bahagia
Alhamdulillah
Moga Allah terus menguatkan hati aku menempuhi rutin harianku
Bagiku
Takkan siapa tahu rahsia hatiku
Bagiku
Biarlah ku tempuhi seorang diri
Bagiku
Takkan sesiapa memahamiku
Aku mampu
Aku kuat
Aku yakin
Aku senang dengan ujianNya
Allah sayangkan aku
Aku sentiasa cuba positif
Ada orang yang lebih teruk dari aku sentiasa diuji
Aku bangkit seorang diri
Tapi berteman Dia di hati
Alang
Oh Alang
Awak mampu
Derita bertahun tapi bahagia abadi

Sabtu, 16 April 2011

Suara pengecut

Assalamualaikum wbt.

Awak, saya sekadar nak luahkan apa yang terbuku dalam hati ini je.

Terpulang la pada awak selepas ini.

Saya cakap ni sebab ramai yang cakap saya ni penakut.

Dan ramai gak yang takutkan saya kalo awak tak tahu langsung pasai ni.

Awak.

Sebenarnya saya suka pada awak.

Sebenarnya saya rasa ingin menyayangi awak sebagai seorang kekasih.

Sebenarnya saya rasa ingin rasa ini dikongsi bersama.

Sebenarnya saya rasa ingin awak rasa apa yang saya rasa sekarang ini.

Mulanya saya ingat ini cuma sementara.

Tapi akhirnya saya yang sengsara.

Saya sedar apa standard saya dengan awak.

Saya tak mengharap balasan yang sama dari awak.

Cuma nak sampaikan ini sahaja.

~pengecut no. 1~




p/s : jom kita share ramai2. cam best lakkk.

rindu pada wanitaku

Selalu je rindukan wanita
Semua wanita2 ku

Mak - Siti Hawa bt Saidin
Along - Siti Nadshafiza bt Nadzri
Angah - Siti Nadshuhaini bt Nadzri
Adik - Nur Anisah bt Nadzri
Arwah Tok - Che Olah & Saadiah
Mak2 sedara - Maksu, Ibu, Arwah Angah, Mak Ndak, Mak Long, Mak Cik .......seyesly banyak
Jiran2 - Cik Ton, Cik Nor, Opah Enson, ....... banyak gak
Kawan2 Bainun - Fifi, Isa, Syue, Anis, Ramizah, ...... tak sebanyak di atas
Kawan2 matrik - Aina, Dalila, Suah Jia Lih, .... lagi la tak banyak
Kawan2 UKM - Wawa, Siti, Dayah, ..... banyak seket dari sekolah
.
.
.
.
.
.
Tapi di hati ini ada seorang lagi yang



dah la...sambung wat keja dulu. =)

Assalamualaikum wbt.

true colour

Janji Allah memang Maha Benar
kerna Allah itu Maha Benar
Setiap firmanNya memang berlaku setiap masa
Bergantung pada kita perasan atau tidak je
Memang mengecewakan
Seyesly mengecewakan
Kalo benar segala taakulan ku
Lagi la
Sangat2 mengecewakan
Moga diberi petunjuk taufik dan hidayah
Marilah berubah ke arah yang diredhaiNya


p/s : hidup bagaikan roda yang berpusing

dimaafkan

Alhamdulillah
Berkat jumaat tadi
Aku dimaafkan seorang wanita
Terima kasih tak terhingga
Memang salah aku
Dan insyaAllah segala pesannya akan ku ingat sampai bila2
Terima kasih atas segalanya
Salam ukhuwah dari saya



p/s : terasa kerdil jika berada di hadapannya

Khamis, 14 April 2011

Kopiah dan Helmet

Kopiah :
Selalu nampak di surau atau masjid
Selalu mengalunkan azan
Selalu mengimamkan solat fardhu
Selalu membacakan ayat suci al-Quran
Selalu berkata-kata baik
Selalu berfikiran positif
Selalu menyakinkan orang
Selalu bersopan santun
Alhamdulillah





Helmet aka Aku :
Selalu nampak di pub atau disko
Selalu mencarut
Selalu mengetuai rempit dan buat jahat
Selalu membaca cerita2 orang
Selalu berkata-kata jahat
Selalu mendownkan dan membahankan orang
Selalu kurang ajar
Nauzubillah min zalik










Ayat penyedap : Apa di atas kepala tidak menggambarkan apa di hati kan? Selamat beramal

Takhta

Ramai yang berebutkan takhta
Takhta yang memberikan kuasa dan pengaruh

Sebelum lebih panjang lebar
Ini bukan nak ceritakan pasai krisis benua Afrika

Tapi saya nak ceritakan buat pedoman semua
Mengenai realiti yang telah dilalui
Pada sudut pandangan saya

Pertamanya, seperti yg diajar dlm Islam
adalah niat
Apa niat kita bila kita jadi pemimpin

Kalo nak ceritakan pengalaman saya
Macam panjang sangat
Bukan nak berlagak
Cuma nak elak riak dan mudahkan cerita

Niat penting bila kita nak jadi pemimpin
Walaupun kumpulan kecil

Semasa saya diminta jadi YDP Kolej Keris Mas
Saya bertanyakan pd Pengetua lama
Prof. Madya Sallehuddin bin Mohd Noor

"Tuan, tiada yang lebih layak ke?"

Tuan Saleh pon menjawab, "Saya nak kamu jadi YDP"

Saya pon dengan berat hati dan berbelah bagi
Kemudian, balik bilik menghadap Yang Maha Esa

Niat dan azam saya bila jadi YDP adalah nak turunkan harga kolej
Tapi apakan daya "Im not Superman"

Tu antara contoh niatlah selaen kerana Lillahi Taala
Tapi seperti yg kita sedia maklum ada je yg jadi pemimpin
Sebab berkepentingan diri sendiri

Jika mampu mengubahnya dengan kudrat
Ubahlah mereka dengan baik
Agar mereka sedar dunia ini hanya sementara

Jika mampu mengubahnya dengan nasihat
Nasihatlah mereka dengan ikhlas dan lembut
Agar mereka terbuka minda

Jika mampu mengubahnya dengan doa
Berdoalah agar mereka terasa
Terasa beban selaku pemimpin

Jadi pemimpin ini tidak semudah bicara

Nak kena berlaku adil, berfikiran bijaksana
Beriman tinggi, berakhlak dan sebagainya

Usah kita jika diangkat sebagai pemimpin
Mudah sangat melupakan apa yang sebelum ini

Ingatan ini bukan untuk semua sahaja
Tetapi lebih kepada AMARAN KERAS buat diri sendiri

Memang mengecewakan bila ada sahaja yang berbunyi
Berbunyi keluhan yang panjang
Seolah tiada penghujungnya

Dimana silapnya
Kepimpinan sekarang dan akan datang
Sebenarnya ada juga terkesan dari kepimpinan sebelumnya

Oleh itu, saya mengaku saya bertanggungjawab
Atas sebarang kesilapan yang dilakukan oleh kepimpinan sedia ada dan akan datang
Di mana-mana yang pernah meletakkan diri ini sebagai pemimpin
Tak kesah nombor berapa tingkatnya

Sebab bagiku tiada pemimpin yang sesempurna
Rasululllah S.A.W
Mencontohi baginda dalam segala aspek
Alhamdulillah dilahirkan sebagai umat Baginda

Rabu, 13 April 2011

Hiasan Dunia

bila terlalu ramai
membuatkan tak keruan
nak memilih
tapi takot
dah pilih
pon takot gak
tak pilih
lagi la takot
so
camne ek????

mengapa kau pergi
mengapa kau pergi
di saat aku mula mencintaimu............=(

legasi

malam ini penentunya
sapa pon yang dilantik
aku sokong
hehehehe
so selamat berjaya dalam menghadapi temuduga 
JAKSA Kolej Keris Mas sesi 2011/2012


Yang lama masih menabur bakti,
Yang baru jangan menabur janji,
Di hadapanmu satu realiti,
Hadapinya dengan redha Ilahi.



Terima kasih dan tahniah kepada JAKSA Kolej Keris Mas sesi 2010/2011 yang cemerlang memimpin pelajar, menjaga kebajikan pelajar dan menganjurkan program walaupun banyak halangan yang korang dah tempuhi. =)

Absolutely

Serba serbi keras
Garang
Tak berperasaan
Robot
Tegas
Kasar
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
aku akui =(

Isnin, 11 April 2011

Realiti TV

eden nak kato
memandangkan sumo orang gilo bab realiti tibi ni
so dongan ini
eden mengesohkan
yang eden 
akan masuk 





Next Raja Lawak la













Cukup lawak x???

Degil sebentar bersama Alang!

Saya tak mau makan ubat dah
Saya tak mau g fisio dah
Saya tak mau g operation 
Saya tak mau jaga makan dah
Saya tak mau jaga senaman harian dah
.
.
.
.
.
.
.
Kalo degil, tarik tinge baru taw!
.
.
.
.
Yela2. Fine menurut perintah! Tabek sepering...Toink2

Kerajaan vs Pembangkang

Entri kali ni memang pasai politik
Sapa xsuka politik xyah baca
G baca blog orang or g baca buku
Study tuk exam
Hohohoho

Famili sebelah ayahku pure UMNO, solid UMNO
Famili sebelah mak pon sama
Anak2?
Sepupu2?
Aku gerenti 100% sumanya mendaftar sebagai ahli UMNO
Aku?

Aku hanya menyokong beberapa cara/ idea UMNO je
Aku juga menyokong beberapa cara/ idea pembangkang gak
Takkan aku ni neutral?

Bagi aku senang je,
Sokonglah aku jadi Perdana Menteri Malaysia yang akan datang!!!

Berbaloi-baloi

Dah dua minggu dah
Huhuhu
Pagi tadi jam 3
Capai handset
Mesej apis
Xreply
Mesej adam
Adam reply
Adam on
Apa lagi Kajang di awal pagi
Lengang
Senang je
Xlama mana pon
Tapi kesian gak kt adam
Balik
3 = 1 X 3
18 = 6 X 3
3 = 1 X 3
30 ml = 10 X 3
Lumur je laaaa
Alhamdulillah
6 jam di awangan
Bangun banyak gak ar mesej ngn miscall
Berbaloi-baloi
Memang berbaloi
Langkah seterusnya
Hehehehehehehe

Ahad, 10 April 2011

Memahami Lelaki

Alang, kenapa eh seorang lelaki yang dah berpunya akan masih mengambil berat akan perempuan lain gak?


Aku punya jawapan


Aku dah jawab semalam


So, bila nak post sini?



Tunggu la entri selepas ni



Jangan marah


Jangan sampai SHUT DOWN


just


SHUT UP








HAHAHAHAHAHAHAHA

Hijab

Arini aku berpantun pasai hijab
Diri aku?
Aku dah lama xpakai seluar pendek di khalayak pompuan
Last masa FESKAB bulan Feb 2011
InsyaAllah lepas ni aku cuba
Cuba untuk berseluar panjang ketika bersukan




*Jom g pasar malam cari treksuit murah!!! Hehehe

Sabtu, 9 April 2011

MLM Siri II

Jika aritu siri I
Cita pasai MLM gak
Mahu Lepas Malu
ni plak
Mungkin lebeh emo
Huh!!!!

Propa gile
Hahahaha




MARAH LEPAS MENGETAHUI
(.\,,/.)




take note okayyy
mode gua tak baek ni bai

9.30 malam ini

Oh kunantikanmu
Datanglah
Datang dengan lenggok gayamu
Gaya yang cukup menggoda
Aku tidak menggila
Cuma menanti penuh setia
Kau berpegang pada janji
Yang tak mungkin kau mungkiri
Kaulah sahabat sejati
Kaulah YDP kami


Sapa lagi
Mr. Adam Amin laa


Inspiration

Oh Inspiration
I love ur smell
Ur smell give me an inspiration
U always with me
Since when ah????
Hahahahaha
Maap Maap Maap (versi Nabil dalam Maharaja Lawak)












Gunalah Inspiration Eau de Toilette by Silky for Men. WANGI. =)

Malam Keliwoon Akan Datang

Malam keliwoon
atau 
lebih dikenali sebagai malam Jumaat
malam yang disukai ramai
bagi para suami
mahupun para isteri

Tapi
Aku bersama adik aku
akan menuju ke Putrajaya
bersama ACP
menghayati








aku suka filem komedi-romantik Inggeris
xtau napa
Hehehehe




LAYANNNNNNNNNN




Bahu Kanan

Selalunya aku akan memberatkan bahu kiri aku
Kali ni sekali sekala nak beratkan bahu kanan lak
Hikhikhikhik
Mana la nk tau yang sikit boleh menjadi bukit
Yang banyak boleh jadi minyak
Yang sedang boleh jadi selendang
Start dah
POKUSSSSSS

Cuba baca post ni dengan teliti
Mula dari sekarang
Anda perasan tak?
Perasan tak?
Pada huruf2 yang digunakan
Pada ayat2 yang ditulis
Pada entri yang dikarang
Dah nampak
Dah perasan
Masih belum
Tak paham2
Ok laaa





Macam ni maksud saya
Perkara pertama untuk memberatkan bahu saya ialah
dengan mengajak orang membaca

Ayuh
JAYAKAN KEMPEN MEMBACA 1MALAYSIA!!!!
Bersyukurlah pada Allah kerana anda mampu membaca 
Alhamdulillah

Jumaat, 8 April 2011

masa membasahkan diri

done
well done
good
good job
death
death fish
is not a game okayyyyy
ok!
fine
fine tune
another time i slap myself
??????????

Dr celah rektum ke rongga mulut

Bangun macam besa
5.30 to 5.45 pagi
Baru bajet nk g jemaah kt surau
Sbb arini ari jumaat
Means ada surah al-Sajadah dibacakan
Tapi satu macam lak badan ni
Pala pening berdenyut2
Macam nak pecah
Mata lak xleh buka dgn sempurna
Hidung dan tekak rasa gatai
Saket giler2
Dada ngn jantung xyah cakap la
Berat je rasanya
Rasa macam nk berak dari mulut
Apa la berlari ke tandas
Nah hambek ko
Satu mangkuk penuh
Segala macam ada
So colourful....xsuka2
Dr rektum sampai ke rongga mulut sumanya dikeluarkan
Akhirnya jadi macam keremping
Pastu g kumur
Pastu gosok gigi
Batok2 sampai menenggelamkan sora azan
End up dgn tompok2 yang pernah aku lihat
Dan biasa aku lihat
Moga xterjadi buat kali kedua
Cuma kali ni rasa lagi banyak
Dan lebih pekat
Maka teros g mandi
Coba bertenang
Amek wuduk
Dan sujud padanya
Rasanya berkurangan
Alhamdulillah.....=)

Khamis, 7 April 2011

Rezeki

Alhamdulillah
Bila amarahnya aku makan
Bila sabarnya aku tahan
Allah jualah yang tenangkan hatiku
Dia bagikan ku rezeki lebih
InsyaAllah akan ku sedekah pada jalan yang diredhaiNya
Bila cukup masanya
3 + 1
Yang 1 tu kena buat dulu
Alhamdulillah banyak kali

kecoh di mulut, diam di hati

itulah aku
kecoh di mulut
diam di hati
ramah tamahku
soal biacaraku
tampak aku ceritakan segalanya
sebenarnya tidak
jika kecohku bila dibuat filem makan durasi 100 tahun
tapi rahsia hati ku lebih dari itu
hati ini takkan dibiar terbuka
terbuka untuk diterokai
kerana bimbang disakiti
diam di hati
kerana menghormati semuanya
kecoh banyak seronoknya
diam banyak sedihnya
biarlah nampak dan rasa seronoknya untuk semua
biarlah rasa sedihnya seorang diri


SUMPAH DEMI ALLAH TAKDA KAETAN DENGAN SOAL CINTA 

Entah Kali Keberapa

Ekk?
Cam tipu ja
Seyesly memang xlogik langsung
Aku yakin dan konpiden berjuta percent orang akan cakap camtu
Yela ko cakap camtu kot
Alang ni konpem merapu
Saja create alasan la tue
Susah kan bila kita ni hanya semut merah
Susah kan bila kita ni xda apa2 jawatan
Susah kan bila kita ni xda apa2 harta
Susah kan susah kan
Kau dulu tak punya apa sangat dari segi jawatan
Kau sembang dgn aku 
Aku engat lagi
Lepak santai kita
Kita berkongsi pandangan yg agak liberal dari segi politik, ekonomi, sosial, agama
Masa tu terkeluar cerita pasai orang atasan
Dan esoknya
Kita jumpa lagi
Pas terkeluar sekali lagi cerita orang atasan
Kabel la, kenalan la, segala bagai la
Situ kau nyatakan hasrat 
Ingin ada jawatan
Sebab kau yakin dan aku juga yakin kau di posisi itu
Akhirnya Alhamdulillah kau dapat
Walaupun bukan yang teratas
Tapi kau masih yang berjawatan tinggi
Secara tiba-tiba macam kemewahan datang pada kau
Aku tumpang seronok dapat membantu kau mendapat jawatan itu
Kemudiannya tiba masa aku meminta tolong
Dan kau anggap ni sebagai balasan
Segala jerih perit aku
Segala muka tak malu aku
Segala dan segalanya
Kau setuju
Aku gembira
Tak sia-sia apa yang lakukan untukmu
Tapi itu suma hanya omongan awalnya
Bahagian tengah memang susah gila aku nak ceritakan
Biarlah aku coretkan sebegini
Aku tahu
TAKKAN SESIAPA PON PERCAYA CAKAP AKU
tambahan lak
KAU ADA JAWATAN
kau dah berjaya
aku je yang BELUM
aku highlight kan BELUM
kerana satu hari 
aku akan tunjukkan dan buktikan
aku jugak mampu
dan tak tercapai akalmu 
Aku tak kesah mula dari bawah
KERANA
entah kali keberapa
aku DITIPU
aku DIANIAYA
aku DIPERLAKUKAN
aku DIPERGUNAKAN
aku dah IMMUNE
bak kata adek ku, IMMUNE dari rasa segala bagai


"Ya Allah, moga Kau sedarkannya dengan cara yang paling baik, janganlah Kau sakitinya atau membalasnya dengan kejahatan yang nyata walaupun setimpal mana pun, Kau tabahkanlah hati aku, kuatkan hati, berikan aku taufik dan hidayah selalu agar aku mampu menghadapi semua itu. Hidupku keranaMu, hidupku untuk semua."

MLM

ramai gile yang terkena
ramai gile yang berjaya
ramai gile yang berubah
itulah penangan MLM
paling drastik perubahan sikap
Ait, dulu xmacam ni
Aku akui
Aku pon MLM gak





MLM : Mahu Lepas Malu

Langkah pertama yang bukan untuk kali pertama



Aku dah agak dah
Sebab tu mulanya aku lambat memulakan langkah
Tengok
Terduduk kot aku
Hai
Nak bina semula kekuatan diri bukan senang
Dari awai lagi aku dah nampak la
Langkah pertama yang diolokkan
Langkah pertama yang dikaburi
Langkah pertama yang konon2nya xpe2
Langkah pertama yang hanya kemudiannya memakan diri
Memusnahkan diri
Digerakkan oleh dia
Digalakkan oleh dia
Dia yang punya gelaran
Ditolak oleh dia yang punya gelaran
Aku yang tiada gelaran
Melopong
Meneropong untuk banyak tahun lagi
Senang je
Tak perlu berdepan
Sekadar SMS
Akhirnya




Entri Yang Tak Perlu Nama


Assalamualaikum wbt.
Lamanya dah blogging2 neh.
Ramai gak yang menegur. Thanks....
Seyesly ada hal kena setel dulu plus xde mood nak blogging neh...

Semalam entri terpendek, arini entri terpanjang pasai diri aku je.
Yela sebelum ada je entri panjang...tu pon cuma pasai
-kafe kkm (sbb aku tau kes nye)
-fakta mengenai lutut aku (untuk dikongsi)
-jodoh (sama gak untuk dikongsi)

Semalam memang dah decide nak tulis entri nie.
Tapi xbererti ni entri terakhir.
Aku terpikir siapa aku di hati2 mereka
Mereka?
Xkesah la sapa2 saja.

Di saat-saat masalah menggunung Everest terletak di kepalaku
Di saat-saat masalah memdalam jurang Mariana di hati ku
Di saat-saat kesihatan yang aku pon pelik dan fikir yang bukan2 sbb simptomnye
Di saat-saat macam2 ni
Aku teros berlagak cool
Hanya sedikit je aku tunjukkan kegusaran aku depan beberapa orang

Actually, dorang pon xleh bajet sangat masalah aku ni
Aku pon cuba selesaikan satu persatu
Aku cuba bersikap berhati2 dalam setiap tindakanku
Aku bukan senang nak dengar cerita2 orang yg berasas
Aku percaya dgn sesiapa sahaja
Tapi aku stil akan cari bukti yang kukuh

Malangnya orang selalu tak percaya pada aku
Aku yang tak seberapa ni memang xda apa2 pon
Selalunya dipropaganda macam2 seolah2 ada apa2

Hurm, semalam adik aku suroh konfront
Aku taknak sebab aku dah dapat jawapan holistiknya
Aku minta maaf kpd semua orang yang tersinggung dgn aku
Hafiz, Ayin, Adam, Linda, Niza, Ika, Zue Sekak, Munyati, Rihab, Ayu, Syarifah, Fizah, Akmal, Syam, Hatim, Asyraf, Naser, Ben, Gaban, Ijat, Mizan, Ebot, Arep, Abg Wan, Soma, Choi, Shizi, Farid, Hisham, Cik Penzi, Cik Ipin, Dato Mohd Razak, Salih, Mega, Han Boon, Shao Weng......
Ada la lagi dalam 10, 000 orang aku tak dapat nak listkan kt sini

Aku mula mempersoalkan kepentingan dan kemampuan aku
Dimana perlunya aku di sisi semua ini
Maseh mampukah aku bersama semua ini

Aku dah nampak
Aku dah rasa
Aku bukan buta
Aku bukan tuli
Aku akui hati ni sekarang memang dah mati
Mati sepenuhnya

Terima kasih kepada si pembuat laksa
Yang buatkan aku teringat padanya
Yang memberi aku semangat untuk menghidupkan hati aku
Hidupkan balik dengan operation
Operation yang peluangnya 0.0000001 % je berjaya

Takpe, aku cuba
Aku cuba sorang2 aku
Bukan nak jadi misteri
Lepas ni lebih matang

Masalah aku korang xperlu tahu
Masalah aku xperlu dikongsi
No more sharing is caring

Apa yang aku rasa apa yang aku fikir korang semua xperlu tahu
Apa yang korang rasa apa yang korang fikir aku boleh je amek tau
Tu pon kalo korang nak bagitau
Konsepnya mengisi satu bekas sahaja
Bukannya kedua-dua bekas
Biarkan aku jadi bekas yang kosong tu

Aku memang xpandai nak direct kat sini
Aku pon dah belajar supaya xdirect di luaran
Apa korang nak rasa or fikir pasai aku pon aku tak kesah
Nak kata lepas ni aku lebih banyak berdiam pon
Lantak la kan

Aku memang tak suka dan aku juga tak nak percaya yang itu suma
Suma yang berkaetan dengan aku terutama sejak akhir2 ni
Aku rasa adalah satu pementasan teater muzikal yang hebat
Teater yang telah melabuhkan tirainya
Dan aku bakar panggungnya

Dan kini aku berjalan tanpa cermin di belakang
Cerminan belakang menyekat aku ke hadapan
Aku nak biarkan
Biarkan masa yang menentukan seterusnya

Aku tak perlu lagi berusaha
Aku tak perlu lagi bersusah payah
Aku rasa apa yang aku rasa
Aku fikir apa yang aku fikir
Aku tahu apa yang aku tahu

Aku kecewa
Aku bertambah kecewa
Aku sedih
Aku bertambah sedih
Aku marah
Aku bertambah marah
Aku malu
Aku bertambah malu
Aku takut
Aku bertambah takut

Tak perlu mesej2
Tak perlu inbox2
Tak perlu miscal2
Tak perlu jumpa
Tak perlu tu suma
Baik di atas talian mahupun tak bertalian

Yang terbaru terjamin lainnya
Yang terbaru terjamin kebalnya

Refleksi yang memakan diri
Konklusi yang membina diri
Biarpun realiti mahupun fantasi
Aku tetap sujud pada Ilahi

Tak berteman langsung itu lebih baik dan mendamaikan
Gerak sendiri, Fikir sendiri, Buat sendiri
Apa ada hal

Signal sudah diberi
Mata melirik tepi
Stereng sudah dipusing
Tayar sudah berpusing
Minyak sudah ditekan
Clutch sudah dilepaskan

Hai mesti kali ni kena maki lagi
Yela masih xdapat memahami
Apa sebenarnya hati ini
Sampai keluar entri sebegini

Aku tahu
Ko tak tahu
Aku tahu
Korang tak tahu

Menulis sambil menyanyi
Menyanyi lagu nak sepi2
Menari sekadar seni
Seni itu tak semestinya menari

Sungguh sastera bait-bait terakhir
Tapi bukan petanda sudah berakhir
Sekadar melepas apa yang dirasa
Sehingga ada juga akan terasa

Mukadimah perlu panjang lebar
Walaupun hanya seketika
Isinya lebih panjang lebar
Perlukan lebih dari seketika

Keranda sudah siap
Pahat masih berbunyi
Nisan telah dilap
Lap2 sampai berbunyi

“Sesungguhnya Allah tidak akan menduga seseorang itu melebihi kemampuannya”

p/s : takda pape pon