TETAMU

Ahad, 3 November 2013

Si Bujang Tegar

Aku hanya pengemis kasih
Aku bukannya yang terpilih

Aku hanya penghibur hati
Aku bukannya penakluk hati

Aku hanya insan biasa
Aku bukannya insan sempurna

Aku hanya sekadar kata
Aku bukannya berani mencoba

Aku hanya sentiasa bekerja
Aku bukannya orang kaya

Aku hanya begini sahaja
Aku bukannya dapat memikat sesiapa

Khamis, 31 Oktober 2013

Hero Mak

Mak
Wanita terhebat dalam hidupku
31 Oktober 2013 genap 49 tahun mak bernafas di muka bumi ni
Alang nak jadi anak yg soleh
Alang nak jadi hero mak
Tunggu alang balik minggu ni
Akan diselesaikan satu persatu ye
Ni anak mak kotttt
Minta je sumanya akan ditunaikan

Ahad, 7 April 2013

Soalan Mengundang, Jawapan Menghilang

Setelah sekian lama
Akhirnya terbuka kembali hati ini untuk kembali berblogging
Sejak November 2012

Disember 2012 - TIADA
Januari 2013 - TIADA
Februari 2013 - TIADA
Mac 2013 - TIADA

April, baru ADA
bukan apa
banyak soalan yang menghinggap, banyak yang tak terjawap
banyak yang didrafkan
hampir setiap hari kecuali masa aku di Sabah

Aku perasan aku sekarang lebih banyak pendam
Dah makin eksklusif hati ini
Bukan tak ingin berkongsi cuma semakin meragui
Apakah yg dikeliling boleh dipercayai
Setelah ada yg satu persatu dikhianati

Aku bersyukur adaMu Ya Allah
Adanya Ya Baginda Rasulullah
Dan semestinya ada mak dan abah

Ujian tidak hadir seperti angin menyapa pipi
Tapi kali ini lebih kepada menggenggam bara api
Terlalu kuat terpadamlah ia
Terlalu lembut sakit terluka

Ayatku tak semua mampu mengerti
Ayatku tak ingin menyakiti
Ayatku lebih kepada diri sendiri
Betapa berdosanya aku pada Ilahi