TETAMU

Isnin, 27 Ogos 2012

lebih sesuai

sedar
perkataan yang perlu bagi yang alpa
tenggelam bila meletakkan rasa bukan pada tempatnya

henti
buat yang sering kali bermimpi
lamunan yang tidak beserta realiti kini

gerak
jangan ditangguh kepentingan yang disusun
laksana bagai ia dosa yang tidak terampun

doa
senjata yang tidak disimpan tapi di sisi ke atas
moga tidak jatuh dari pentas

Isnin, 13 Ogos 2012

dialog marhaen

sejarah silam tetap ada di tempatnya
tidak mungkin dan sangat mustahil untuk dilupuskan
siapa aku di sisiMu
terleka yang membawa padah
peringatan sendiri dikhabarkan pada semua
cuba menghadapi dan menyakini hari-hari mendatang
bahawa ini semua mampu ditentangi
apatah lagi kelilingku tidak pernah sunyi
jika ke akhirnya tetap menjadi mono
aku bersyukur sekurang-kurangnya
Engkau tidak pernah biarkan aku sendiri

ada sesetengah itu rasa atau apa jua
tersekat sekat tertangguh tangguh
melepaskan seketika kerana yakin tidak akan selamanya

Rabu, 8 Ogos 2012

pandang pandang

kita kadang-kadang sering menafikan cinta
terutama cinta di depan mata

cinta di depan mata ini sudah sekian lama
cuma diam seribu bahasa

mahu tidaknya sejarah silam menjadi tembok besar
kurangnya diri menjadi jurang paling dalam

mata hanya mampu melihat
cuba mengambil tahu dan mengambil berat

asalkan dia tersenyum
itulah balasan yang paling berbaloi

ceritanya cukup mudah
berbuatlah baik kepada semua orang
kasihi semua orang
walaupun ada yg berbuat jahat dan benci pada kita

berubah dengan diri sendiri dahulu
tidak mengharap orang lain yang berubah

kekal di sini begini mengikut citarasa
citarasa yang ada matlamatnya

ada perkara bukan kepentingan
korbankan satu hati hiburkan semua jiwa