TETAMU

Rabu, 21 Julai 2010

bicara soal kahwin

Perkahwinan: Allah menjadikan manusia dibumi ini berpasangan, Dia juga memberi kita akal untuk berfikir. Dia memberikan kita Nafsu Syahwat. Maka sesiapa yang sudah sampai waktunya, berkahwinlah.
 
Hukum Kahwin:
1. Sunat, bagi orang yang ingin kahwin dan cukup keperluannya.
2. Wajib bagi orang yang sudah mempunyai pekerjaan tetap atau bergaji yang cukup dan kuat nafsunya. Kalau tidak kahwin, mereka dikhuatiri akan membuat seks rambang.
3. Makruh bagi orang yang ada keinginan tetapi tidak sanggup atau tidak mampu memberi nafkah atau belanja baik zahir mahupun batin ( duit dan seks )
4. Harm bagi orang yang hanya bermaksud akan menyakiti perempuan yang dikahwini atau hanya ingin memperalatkan wanita untuk niat jahat.
Hikmah Perkahwinan:
1. Untuk Memelihara kesopanan agama Islam
2. Untuk mengembangkan keturunan
3. Untuk membina sebuah rumah tangga bahagia
4. Untuk berusaha mencari rezeki yang baik dan halal
5. Untuk menjaga keturunan yang baik-baik
6. Agar kita lebih bertanggunjawab
7. Agar kita akan baiki perangai kita kearah kebaikan.
Seks Yang Mulia:
Bila berumah tangga, ingat selain dari nafkah zahir (duit dan harta), nafkah batin juga WAJIB ditunaikan ( seks).

Mengikut adab dalam Islam. Seks dengan isteri hendaklah sopan santum. Janganlah lakukan seks yang buas dengan berbagai cara yang tidak senonoh. Dan bilamana si suami sudah puas, maka dia tinggalkan isteri diatas ranjang terkapai-kapai, sebab isteri belum puas.

Walaupun suami sudah pancut air mani dan merasa puas, sedangkan isteri belum puas, maka suami 'usahalah' sedaya upaya meneruskan hubungan batin tersebut sehingga isteri merasa puas dengan lain-lain cara saperti meraba-raba, mengusik-gusik clitoris, buah dada dan sebagainya sehingga isteri merasa puas.

Sebelum melakukan hubungan kelamin atau seksual dengan isteri, suami isteri harus bersedia dengan berbagai cara seperti:
mandi dan bersihkan diri
pakai wangi-wangian yang lembut dan sedap baunya.
Suasana kamar hendaklah dalam keadaan romantika
Pasanglah lampu yang samar-samar
Isteri, pakailah pakaian yang nipis, separuh terbuka agar timbulnya sedikit keghairahan pada suami.
Mulakan jimak atau seks dengan pelahan-lahan
cumbu-cumbuan, peluk-pelukan dan barulah perlahan-lahan masukkan zakar ke arah faraj secara sopan sehingga isteri puas.

Jangan hanya menuggu suami sahaja untuk membuat seks, sesekali isteri wajib mengoda suami. Kalau suami nampak kurang, isteri harus terus datang mengancam.

Godalah suami anda sebaik mungkin melebihi godaan wanita-wanita lain. Agar suami anda sentiasa sayangkan anda.
Tujuan Seks Suami Isteri:
Supaya suami isteri mencapai kemuncak kenikmatan bersama-sama setiap detik hubungan seksual. Ingat seks yang puas bererti 'Rumah Tangga Bahagia'
Seks yang tidak puas, akan merosakkan rumah tangga anda.
 

Tiada ulasan: