TETAMU

Khamis, 19 Mei 2011

Ingatan Diri

Wahai hati
Usahlah percaya lagi
Pada benda yang tak pasti

Wahai diri
Usahlah kecewa lagi
Kelak menangis sendiri

Wahai hati
Usahlah begini
Masamu belum lagi

Wahai diri
Usah berlari
Di sini ternanti

Wahai hati
Pandanglah ke sini
Lihatlah yang abadi

Wahai diri
Usahlah merajuk lagi
Kelak memakan diri

Wahai hati
Jangan disoal itu ini
Kerna ia tentuan Ilahi

Wahai diri
Ingatlah Ilahi

Wahai hati
Sedarkan diri

Lepaskan kesemuanya
Kembali ke sarang
Lupakan kesemuanya
Kembali ke terang

Biar sakit seorang diri
Sentiasa senyum untuk semua
Biar mati seorang diri
Sentiasa berbaik pada semua

Masa terus berdetik tanpa henti
Hentinya dengan kuasa Ilahi
Terus menghitung tanpa henti
Berdosanya diri selama ini

Macam2 dirasa
Tak keruan jadinya

Kuatkan diri walau lemah
Terus tersenyum tanpa lelah

Ingatlah prinsip diri

"Hidupku kernaNya, Hidupku untuk semua, Matiku untuk disumbang bukan untuk dikenang"









Tiada ulasan: