TETAMU

Selasa, 7 Jun 2011

Difahami Selepas Mati

Setapak demi setapak

Satu persatu

Hari demi hari

Korang tak nampak apa yang aku nampak

Korang tak rasa apa yang aku rasa

Korang tak tahu apa yang aku tahu

Korang lagi tak tahu apa yang aku buat

Aku akui aku panas baran

Sampai ada cakap aku ni emo

Orang emo selalu ada blog

Yela aku bukannya ada peneman setia nak dengar setiap luahan perasaan & pandangan aku

Bukannya aku tak hargai sahabat yang ada sekeliling

Maksud aku yang benar-benar memahami

Belum jua ku temui & cari



Aku ada Allah

Memang apa jua ku luahkan padaNya

Tidak pula aku terima wahyu macam Nabi

Tapi sekurang-kurangNya dia akan terang & tenangkan hati dan perasaanku

Benarlah tiada kekasih sepertiNya di dunia & akhirat



Aku rasa ada satu yang sangat aku sabar

Sabar dengan apa yang telah kurencanakan dari tahun 2000 hingga 2050

Aku tak ingin berkongsi dengan sapa2

Hanya dengan Dia je



Seket je lagi

Takkan sorang pon akan pahami

Takkan sorang pon akan mengerti

Biasalah aku yang sentiasa disakiti, dikhianati, diuji sana sini

Agar aku sentiasa kuatkan diri, lebih cintai Ilahi



Semuanya akan terbukti

Bila aku tiada lagi di muka bumi

Tak perlu sangsi

Tak perlu tangisi

Semuanya akan jelas nanti

Itupun selepas aku mati

Tiada ulasan: