TETAMU

Khamis, 28 Julai 2011

Rezeki Allah

Alhamdulillah setiap masa
Allahu Akbar tiap kali aku mahukan kekuatan
10 laluan rezeki yang Kau berikan
100 kali ganda harus aku usahakan
1000 kali ganda aku mohon dan mengharap pertolongan

Aku akui bukan mudah bila seorang diri
Aku masih mentah untuk berdiri teguh di arena ini

Satu persatu harus disusun mengikut prioriti
Tapi tetap tak dapat lari dari tuntutan realiti
Maafkanku kerana inilah tugasan hakiki
Mencari erti hidup dan mendapat keredhaan Ilahi

Kuatkan hati, akal dan fizikalku
10 bahagian yang ku terima
Mungkin 1 bahagian je yang menjadi hak aku
Lagi 9 bahagian tu aku harus pulangkan pada yang selayaknya

InsyaAllah aku mampu bagi lebih dari sekarang
Bukan untuk seorang
Tapi kepada semua orang

Terima kasih Allah S.W.T
Terima kasih Rasulullah S.A.W.
Terima kasih Al-Quran dan As-Sunnah
Terima kasih Nadzri bin Hanif & Siti Hawa bt Saidin

Aku akan sentiasa tambah usahaku setiap masa!

Tiada ulasan: