TETAMU

Isnin, 10 Ogos 2015

Cerita Zoo 1 : Beruk, Rusa & Harimau

Ada 3 ekor beruk sedang makan pisang.
Datang kepada mereka seekor harimau.
Harimau itu bertanya, adakah kau nampak akan rusa di sebalik bukit sana?
Seekor beruk itu berkata, "Kau carilah sendiri. Dalam hutan ada rusa, balik bukit, sendirilah usaha."
Maka harimau itu pun beredar meninggalkan beruk bertiga itu.
Harimau itu pun berusaha berbulan lamanya.
Beruk yang menjawab soalan harimau ditanya oleh kawannya "Mengapa kau berkata demikian pada si rimau?"
Beruk itu menjawab, "Biarkan. Aku nak menguji si rimau."
Setelah beberapa bulan, mereka bertembung. Kali ni harimau nampak begitu kurus. Beruk yang dulunya menjawab terus bertanya "Kau jumpa tak rusa?"
Harimau kata tidak.
Beruk satu lagi berkata, "Kau begitu kurus. Kasihan ku melihat kau."
Harimau berkata, "Aku akan usahakan juga mencari di tempat lain"
Seekor beruk berkata, "Tak perlulah kau cari rusa itu lagi. Lebih baik cari binatang lain"
Maka, harimau itu pun pulang ke tempat biasanya.
Harimau tidak lagi mencari rusa.
Ketiga-tiga beruk itu gelak bersuka ria selepas melihat harimau hilang dari pandangan mata. Bagi mereka, harimau telah diperbodohkan dan rusa dapat diselamatkan.
Tanpa mereka sedar, harimau itu telah meninggalkan seekor anak rusa. Harimau mencari rusa kerana risau rusa sesat dan anak rusa itu akan mati tanpa ibunya. Harimau tak sanggup biarkan anak rusa mati. Lebih perit lagi, anaknya sendiri telah mati kerana tiada bekalan daging yang ditinggalkan padanya sepanjang harimau mencari rusa.
Harimau itu akhirnya mati kerana sudah berapa lama tidak makan dan kesedihan kerana kematian anaknya demi anak rusa.

Tiada ulasan: