TETAMU

Isnin, 26 Januari 2009

bila jari menari

aku x pasti
betul atau tidak
selalunya tidak
apa sangat yang orang pandang
apa sangat yang orang tahu
apa sangat yang orang rasa

aku begini juga
bila berubah dari kosong
ke nombor lain
seolah-olah tiada yang merestuinya

aku selalu terlupa yang adakalanya
perlu ku bangun
dan berteriak
SUKA HATI AKU LAA
tapi...................

x mungkin aku ilang akai
x mungkin aku ilang pertimbangan

jaga lah ati orang sebaeknya
walaupun pedih ati kita yang sebenarnya

ati aku ni cuma sekeping sahaja
bisa hancur
tapi selalu terbina semula
kerna esok tetap akan tiba

hidupku bukan untukku
matiku baru lah untukku

terimalah seadanya dengan segala yang termampu
paksalah diri sehingga mengorban diri
x tersangka sehingga salah sangka
sumanya demi membuat orang lebih gembira

Tiada ulasan: