TETAMU

Selasa, 27 Januari 2009

politik dan aku

Ya Allah.....
aku memohon kepadamu
tunjukkan dan terangi lah jalan dunia politikku
redha dan berkati jalan yang ku pilih ini

Walaupun politik kotor
tp kuatkan diriku untuk membersihkannya
tampilnya aku bukan sebagai hero
tp sebagai hambaMu yang ingin menegakkan yang benar

Jauh sekali untuk di sanjung
jauh sekali untuk di junjung
tp berilah sekali peluang untukku menonjol
menonjol dalam erti kata membantu
menonjol dalam pemahaman seringkasnya
ingin benarku menjadikan apa yang difikirkan menjadi realiti

Aku bukan gelojoh
cuma tidak tertahan lagi hati ini
apabila mata yang ada cuba untuk tidak melihat
apabila mulut yang ada cuba untuk tidak berbicara
apabila akal yang ada cuba untuk tidak berfikir
apabila hati yang ada cuba untuk tidak berdoa

Engkau percepatkanlah laluan berpolitikku
biarlah aku yang bernaung di bawah panji Agama
terus berusaha memperbetulkan yang sepatutnya

TIADA yang mustahil
engkau jua lah yang menjadikan semua ini

Aku sanggup mengorbankan apa sahaja
yang penting dapat bergelar ahli politik
untuk terus menggerakkan langkah mengikut niat asalku
mengubah mentaliti mencipta realiti

Aku akui memang tamak
mungkin penulisanku ni menjadi bukti yang jelas
tapi biarlah apa pun yang ingin diperkata orang
hanya Allah jua lah yang tahu betapa tekadnya hati kecil ini
menidakkan apa yang sepatutnya
dan mengiyakan apa yang sepatutnya

InsyaAllah
selepas grad
akan ku terus melangkah secara rasminya
ke dalam dunia politik

Politik Malaysia mahupun Politik Dunia
Tunggu lah kehadiranku untuk menggoncang dan menghancurkan segala yang telah membinasakan kemuliaan dunia politik yang sebenar

Aku PASTI.....
Satu sahaja penghalang
iaitu MATI.......

Tiada ulasan: