Engkau dilahirkan kedua
Bukan yang pertama
Hadirnya kau ke dunia
Menemani yang pertama.
Walaupun kau serpihan
Serpihan dari kiriku
Tapi kau kuat bertahan
Sentiasa di sisiku
Engkau bukanlah khalifah
Khalifah yang menjulang pedang
Tapi engkaulah yang memapah
Memapah kami ke medan perang
Malangnya hari ini
Martabatmu dilempar ke tepi
Semuanya kerana kami
Yang tidak pandai menghargai
Jika diberi ruang seluas angkasa
Jika diberi masa segenap semesta
Kami harus terus berusaha
Menghalang gugurnya air mata
Hadirmu sentiasa dinanti
Hilangmu tiada berganti
Apa yang ku pasti
Engkaulah ratu di hati
Selamat Menyambut dan Menghargai Hari Wanita buat semua wanita terutama Ibuku, Siti Hawa bt Saidin.
Di kesempatan ini juga saya memohon maaf kepada semua wanita akan segala kesalahan dan kesilapan yang telah saya lakukan. Saya cuba bertekad menjadi sang tiram yang melindungi mutiaranya sepertimana yang Islam mahukan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan