Melihat dari jauh
Ingin mendekat tapi takut
Hanya memandang
Terdiam tak terkata
Apa yang dikarang
Membisu sahaja
Hajat ditulis hanya sebagai pengisi kamar hati
Yang terluah hanya khabar berita
Hanya sekelumit rasa
Kerna yang terpendam takkan digali semula
Biarkan tertanam
Biarkan terendam dengan air mata
Sentiasa mendongak agar air mata tidak gugur sewenangnya
Sentiasa tunduk agar tidak bertentang matanya
Sentiasa berpaling belakang agar ingat salah lalu
Menarik nafas
Sedalam-dalamnya
Mengambil kata putus
Kata jihad diri
Biarkan aku sendiri
Sendiri di sini
Menantikan syurga abadi
Walaupun hati luluh sekali
Membiarkan berlalu pergi
Tanpa sedikit pun cuba merebut kembali
Tanda kejantanan sejati
Mungkin ia ketetapan Ilahi
Kerna cintaNya lebih hakiki
Yang sukar dimengerti
Tapi indah dihayati
Bertuah bila memiliki
Tanpa kita sedari
Memang tidak dinafi
Hebatnya para sufi
Menyusun langkah sebegini
Menyata penuh berani
Bahawa bukan mudah didapati
CintaNya dijulang tinggi
Biarkan semuanya pasti
Mengerti apa yang terjadi
Bukan mudah untuk dihadapi
Selaku hambamu yang terlupa diri
Dimana yang lebih hakiki
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan