Sori bro, wa baca dr buku kecil lu...sapa nk copy2, tolong tinggalkan RM 2 kt sini...Hikhikhik
My bro meluahkan dengan kata2 untuk si dia yang takkan dapat mendengarnya (rasa2nya lah)
Kurniaan Tuhan
Aku hanya insan biasa
Terlalu ingin mendambakan cinta
Cinta sesama manusia
Tapi tidak sehinggakan membelakangkan Dia
Bagiku
Kau adalah kurniaan Tuhan
Tak pernah ku jangka kita boleh bertemu
Sebelum ini tidak pernah ku kenal rupamu
Sebelum ini tidak pernah ku dengar namamu
Entah mengapa hari tu kita boleh berkenalan
Hanya satu panggilan telefon
Kau datang padaku
Aku pun menyerahkan sesuatu
Yang penting bagimu
Terima kasih ucapmu
Senyuman biasa yang menggetarkan hatiku
Sejak itu
Aku jadi tak tentu
Adakah kau ini yang dicari-cari
Adakah kau ini kurniaan Ilahi
Aku tetap dengan tugasku
Aku cuba menyelesaikan sebaik mungkin
Aku ada tanggungjawabku
Aku cuba menyembunyikan sebaik mungkin
Aku diam membisu
Kerna membiarkan amanahku menyelubungi perasaanku
Masa terus berlalu
Pelbagai rintangan dilalui
Satu kejadian mendekatkanmu padaku
Walaupun musibah padaku
Tapi ia rezeki kepadamu
Satu tempat yang meyakinkanku
Memperlihat pesonamu
Pesona dari lubuk hatimu
Aku terpana dan aku mengaku
Kaulah cinta pertamaku
Tapi aku sedar
Tika itu aku tidak boleh mengiya
Malah aku juga tidak boleh menampakkan
Aku harus selindung
Tapi pada masa yang sama aku berjanji akan menjadi pelindungmu
Semakin lama semakin rindu
Semakin lama semakin cinta
Tapi ada beberapa faktor yang menghalangku
Yang aku sendiri mewujudkan faktor tersebut
Semakin menghampiri penghujung waktu
Aku mengaku kalah dan tak ingin berpaling
Cuba melepaskanmu pergi
Cuba melarikan diri
Tapi Tuhan itu Maha Kuasa
Menemukan dua orang manusia
Bertemu tapi tidak tahu bercinta
Bertemu tapi masih ingin sembunyi
Terus dipagari hati
Terus didirikan tembok
Terus digelapkan hati ini
Kerna yakin dia kurniaan Ilahi
Dan diri ini takkan mampu mendekati
Cuba berdoa
Cuba berkata padaNya
Tolong jauhkan aku darinya
Tolong carikan yang lain untuknya
Tapi aku masih mengharap
Mengharap dan terus mengharap
Oh kurniaan Tuhan
Aku sentiasa mencintaimu
Tapi aku tidak mampu mendekatimu
Dan aku bukanlah yang sesuai untukmu
p/s : Bro aku ni tak penah citer apa2....tetiba jahh!! HUH!! Menguatkanku untuk mengorek lebih lg...Hihihi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan