tak suka nak mengatakan begini
tapi rasanya dah benar2 sampai masanya
aku harus berhenti di sini
kerana ada fardhu untukNya
tak pernah ku impikan
tak pernah ku bayangkan
hidup di masa hadapan
hidup tanpa sumbangan
mana pergi prinsip hidupku
"Hidupku kernaNya, Hidupku untuk semua"
dan
"Matiku untuk disumbang bukan untuk dikenang"
Frasa-frasa ini sering kali bermain di fikiran
Mungkin aku hanya insan biasa
Yang akan kembali kepadaNya
Tanpa apa-apa kejayaan
Aku tak setanding mereka
Aku tak sehebat mereka
Aku hanya insan biasa
Yang kekal sebagai biasa
Kepada yang ada
Anda cukup hebat
Jangan diungkapkan apa-apa untukku
Aku tak memberi apa-apa untukmu
Anggaplah aku tidak pernah ada
Anggaplah aku memang tiada
"Ya Allah, aku akan berusaha lebih banyak bersamamu"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan