Assalamualaikum wbt.
Sebenarnya alang akui yang alang memang seorang yang teramat ego.
Alang cuba berprinsip dalam hal berpasangan walhal kehendak hati juga seperti orang lain.
Alang sentiasa merasakan rendah diri pada apa yang ada diri alang.
Alang akui rupa paras, gaya, alang tidak akan menarik perhatian orang lain.
Alang ni rambut dah la tidak reti nak kemas, kulit gelap, gigi kuning tak tersusun, muka berlubang berjerawat, bibir tebal, kening tak lebat berbentuk, mata tak redup, hidung tak mancung besar lak tue, misai dan janggut tak lebat, kulit bermasalah, leher panjang, badan tak tegap, kurus sekeping, bongkok ceket, kaki sakit, bulu tak lebat, serba serbi sumanya tak ada apa2.
Bukan nak menghina ciptaanNya tapi alang sedar dan bersyukur Allah jadikan alang sebegini rupa.
Alang juga tak pandai dan tak berani nak bergaya, hanya sekadar memakai deodaran dan pewangi badan sahaja.
Gaya rambut, fesyen terkini sumanya takkan sesekali alang akan buat.
Alang cuba untuk berubah tapi takda apa2 yang mampu memaksa alang berubah sebab pada alang walau alang berubah dari segi gaya dan fesyen pun belum tentu alang kelihatan lebih dari biasa.
Ya, alang dilihat sebagai pemimpin yang lantang bersuara, berani dan sebagainya tapi inilah kelemahan dan kekurangan alang.
Pompuan adalah kelemahan terbesar alang.
Pompuan mampu membuatkan alang rasa rendah diri, malu, segan dan sebagainya.
Alang hanya mampu berlagak seolah-olah senang je nak handle pompuan, nak tackle pompuan walhal alang sendiri takda keberanian dan kesungguhan untuk berbuat demikian.
Alang akui juga alang bukanlah orang yang pandai dalam akademik, hebat bersukan dan berbakat dalam seni.
Alang hanya insan biasa.
Alang berusaha untuk menjadi luar biasa tapi tak mampu.
Sebab ni sumalah alang tak pernah yakin bahawa alang ni layak untuk berpasangan.
Alang rasa mungkin alang lebeh selesa berseorangan, alang rasa alang mungkin tidak perlu berpasangan.
Alang tak menipu diri sendiri yang alang ada menyukai dan meminati seseorang tapi hakikatnya ianya alang kuburkan dalam hati.
Alang tak mahu dia tahu, tak mahu dia ragu.
Alang tak mahu persahabatan yang sedia ada tergugat.
Alang tak mahu bersikap tak adil.
Alang jugak ragu-ragu dengan hati alang, sapa yang sebenarnya yang benar2 alang mahu menyintai.
Akhirnya, diisytihar di sini, hati ini telah berpenghuni oleh keluarga, kawan2, saudara seagama dan masyarakat sekelilingi.
Sumanya ingin alang limpahkan dengan kasih sayang kerana Ilahi.
P/S : NAK BIARKAN DULU SEMENTARA PASTU BARU NAK DELETE. JANJI PUAS HATI. HAHAHAHAHAHAHAHAHA
2 ulasan:
klu btol die jodoh alang, x kan kemana nyer...akan kembali jgak...
klu x yakin dgn isi hati sniri, wat solat sunat istikharah...insyaAllah de petunjuk dr Nya...
=]
Catat Ulasan