Seolah tiada apa-apa
Semuanya penuh kepura-puraan
Tiada apa yang perlu dikata
Seandainya bukan jodoh kita
Lewatku
Lewatku untuk menyata
Diamku
Diamku untuk menyata
Semua rasa
Rasa yang diadun menjadi cinta
Mungkin bukan yang pertama
Tapi kali ini lebih bersedia
Sama ada tolak atau terima
Jangan dipaksa
Takut merana
Sayanginya kerana Dia
Rinduinya kerana Dia
Cintainya kerana Dia
Moga dia tidak akan pernah tahu
Moga dia tidak ambil tahu
Biarkan di sini terus begini
Kerana mungkin ini takdir Ilahi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan