Assalamualaikum wbt dan salam 1 Malaysia
Hamboi hamboi hamboi ayat skema
Hahahahahahaha
Hurmmmm, asalnya aku nak lepaskan kemarahan kat sini
Tapi aku cuba sebaik mungkin untuk mengurangkannya
Entri kali ni lebih kepada nak menasihati
Fokusnya kepada perempuan yang belum berkahwin
Yang punya perasaan suka/ minat/ cinta dan sebagainya terhadap lelaki
Sebelum bicara lebih mendalam
Renungi bahawa setiap daripada diciptakan bersama iman dan akal
Jangan kerana seorang lelaki, anda hilang iman dan akal
Kuatkan iman dan gunakan akal, insyaAllah lelaki yang terbaik akan muncul sebagai suami anda
Lelaki itu dah termaktub dalam Loh Mahfuz lagi
Sejak azali dan diulangi sejak azali
Jadi tidak perlukan menagih sesuatu dari bukan lelaki yang telah ditetapkan
Kuatkan iman dan gunakan akal
Tanya sama iman apa tugas dan amanah yang perlu dilaksanakan dahulu
Belajar ke bekerja ke tanggungjawab atau keutamaan yang ada
Berdosa menjatuhkan maruah sendiri
Lagi berdosa tidak menjalankan amanah yang digalas
Kuatkan iman dan gunakan akal
Layakkah kita dengan dia berdasarkan penilaian mata kasarnya
Hanya Allah yang Maha Mengetahui
Mungkin jawapan yang diberikan itu bukan hadir dari lubuk hatinya
Tapi mungkin datangnya dari Allah sendiri
Jangan risau tidak berpunya atau takut kehilangan sapa2
Kerana anugerah terbesar Ilahi pada kita adalah iman dan akal
Kerana iman kita diberikan nyawa
Kerana akal kita diberikan tubuh
Rasanya dah cukup lembut nasihat ini, jika perlu dikasarkan, insyaAllah tunggu jela
Harap dapat memahami ini semua dengan baik
Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah padaku ketetapan iman padaMu hingga aku kembali padaMu
-sekadar hiasan-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan