aku dah malas nak ungkit mengungkit
bak kata mak, tak elok alang nak marah2, nak ungkit2
tapi sebagai manusia biasa, aku ada had aku a.k.a limitasi
hurmmmmmmm
kat sini, sebagai peneman kedua paling aku selepas Dia
aku nak coretkan sedikit
kadang kala orang memang tak pernah hargai susah payah kita kan
"Aku punya part dah abes!"
adakah kita juga penah melakukan benda yang sama
renungkan balik sejarah kita
mungkin ada benarnya
kadang kala orang nak cakap terima kasih pon payah
"Aku tunggu sampai sekarang dia cakap"
adakah kita juga penah melakukan benda yang sama
renungkan balik sejarah kita
mungkin ada benarnya
kadangkala orang buat bodoh je lepas dia dah dapat semua dari kita
"Eh, ko nampak dia tak?"
adakah kita juga penah melakukan benda yang sama
renungkan balik sejarah kita
mungkin ada benarnya
kadang kala orang hanya amek kesenangan kita dan kesenangan dia tak dikongsi pon dengan kita
"Tak dijemput pon. Segan ar."
adakah kita juga penah melakukan benda yang sama
renungkan balik sejarah kita
mungkin ada benarnya
Banyak lagi. Tapi adakalanya kes kes terasa disebabkan kita yang mula dulu.
Aku takkan putus asa berusaha demi orang lain.
Biarpon terasa, siapa menyangka, mungkin aku yang kaya, kaya dengan ujianNya.
Ingatan buat diri sendiri, usaha kita sentiasakan yang terbaik, usaha orang lain sentiasalah dihargai.
Hadirku hanya pinjaman sementara, pinjaman buat anda semua, lebihku bukan pada nama, mungkin pada doa dan usaha.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan