TETAMU

Isnin, 12 Mei 2014

Bukan Sempurna

Alhamdulillah, terbuka hati kembali menulis
Ruang yang dulu aku ekspresi rasa
Berkenaan Allah Maha Esa
Berkenaan Rasulullah SAW Junjungan Besar kita
Berkenaan Islam agama kita
Berkenaan mak abah yang ku cinta
Berkenaan adik beradik yang ku sayang
Berkenaan rakan-rakan sepermainan
Berkenaan guru-guru, alam dan persekitaran manusia

Kenapa pulang ke sini
Kerna aku bukan sempurna

Apa pula kali ini
Kerna aku bukan sempurna

Tahu bermadah bila ilham tiba
Hilang madah bila ada yang tak kena

Menyusun kata tapi takut terasa
Berehat seketika merumus perkara
Perkara yang sudah lama
Dipendam mungkin dipandang sama

Setiap orang punya cita-cita
Orang yang punya misi hidupnya
Membantu apa yang terdaya
Semoga nanti mampu berjaya

Merenung kembali apa yang berlalu
Cepat-cepat jari menjadi laju
Tuliskan kembali satu persatu
Banyak kerja yang menunggu

Merancang dengan bersungguh
Namun ada saja yang tertangguh

Terlalu lama untuk menuai usaha
Akhirnya tidak bertahan lama

Mungkin sejuta untuk diluah
Hasilnya seakan tidak berbuah

Maaf aku bukan sempurna
Mampu memberi rasa selesa

Maaf aku bukan sempurna
Memandu semua dengan berjaya

Maaf aku bukan sempurna
Menjaga apa yang semua rasa

Maaf aku bukan sempurna
Mengheret semua membuang masa

Maaf aku bukan sempurna
Menghukum semua terpalit dosa

Maaf bukan sekadar ku pinta
Apa yang diminta aku terdiam sahaja

Kita punya usaha
Allah punya kuasa

Rojak rasa itu sementara
Moga tenang bila ke sana




Tiada ulasan: