Ramai yang berebutkan takhta
Takhta yang memberikan kuasa dan pengaruh
Sebelum lebih panjang lebar
Ini bukan nak ceritakan pasai krisis benua Afrika
Tapi saya nak ceritakan buat pedoman semua
Mengenai realiti yang telah dilalui
Pada sudut pandangan saya
Pertamanya, seperti yg diajar dlm Islam
adalah niat
Apa niat kita bila kita jadi pemimpin
Kalo nak ceritakan pengalaman saya
Macam panjang sangat
Bukan nak berlagak
Cuma nak elak riak dan mudahkan cerita
Niat penting bila kita nak jadi pemimpin
Walaupun kumpulan kecil
Semasa saya diminta jadi YDP Kolej Keris Mas
Saya bertanyakan pd Pengetua lama
Prof. Madya Sallehuddin bin Mohd Noor
"Tuan, tiada yang lebih layak ke?"
Tuan Saleh pon menjawab, "Saya nak kamu jadi YDP"
Saya pon dengan berat hati dan berbelah bagi
Kemudian, balik bilik menghadap Yang Maha Esa
Niat dan azam saya bila jadi YDP adalah nak turunkan harga kolej
Tapi apakan daya "Im not Superman"
Tu antara contoh niatlah selaen kerana Lillahi Taala
Tapi seperti yg kita sedia maklum ada je yg jadi pemimpin
Sebab berkepentingan diri sendiri
Jika mampu mengubahnya dengan kudrat
Ubahlah mereka dengan baik
Agar mereka sedar dunia ini hanya sementara
Jika mampu mengubahnya dengan nasihat
Nasihatlah mereka dengan ikhlas dan lembut
Agar mereka terbuka minda
Jika mampu mengubahnya dengan doa
Berdoalah agar mereka terasa
Terasa beban selaku pemimpin
Jadi pemimpin ini tidak semudah bicara
Nak kena berlaku adil, berfikiran bijaksana
Beriman tinggi, berakhlak dan sebagainya
Usah kita jika diangkat sebagai pemimpin
Mudah sangat melupakan apa yang sebelum ini
Ingatan ini bukan untuk semua sahaja
Tetapi lebih kepada AMARAN KERAS buat diri sendiri
Memang mengecewakan bila ada sahaja yang berbunyi
Berbunyi keluhan yang panjang
Seolah tiada penghujungnya
Dimana silapnya
Kepimpinan sekarang dan akan datang
Sebenarnya ada juga terkesan dari kepimpinan sebelumnya
Oleh itu, saya mengaku saya bertanggungjawab
Atas sebarang kesilapan yang dilakukan oleh kepimpinan sedia ada dan akan datang
Di mana-mana yang pernah meletakkan diri ini sebagai pemimpin
Tak kesah nombor berapa tingkatnya
Sebab bagiku tiada pemimpin yang sesempurna
Rasululllah S.A.W
Mencontohi baginda dalam segala aspek
Alhamdulillah dilahirkan sebagai umat Baginda
Khamis, 14 April 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan