TETAMU

Selasa, 19 April 2011

Kelu di Lidah Fasih di Hati

Semoleknya pada awalan
Sezahirnya pada akhiran

Harusnya kau pelihara dengan sebaiknya
Dia bukannya benda
Mahupun permata

Yang letaknya dalam peti
Peti emas mahupun besi
Ataupun hati
Ia tidak dapat diwarisi

Walaupun pelbagai janji ditaburi
Peliharalah dengan penuh kasih
Penuh sayang
Sehingga takkan kau terbayang

Satu masa
Tika itu
Air mata tidak berguna
Mengalirnya terus tanpa henti
Diusap basahnya pipi

Dan akal masih enggan mengerti
Bahawasanya engkau insan yang rugi
Kerana membiarkan dia pergi
Pergi meninggalkan kau di sini
Tak sesekali dia kembali di sisi

Kerna telah ditunjukkan Ilahi
Siapa yang harus dia ikuti
Siapa yang patut bertakhta di hati

Nescaya sampai sekarang kau tangisi
Tangisi yang kian pasti
Yang takkan menoleh lagi
Membiarkan sebegini

Lalu hadirnya pengganti
Ibaratkan sang pelangi
Tapi jangan kau ulangi
Tatkala kau hampir miliki
Bukan yang lepas tapi terkini
Yang tidak indah tapi murni

Semuanya telah dikehendaki
Oleh Ya Rabbul Alamin

Tiada ulasan: