IMRAN AL MUKMIN BIN NADZRI
Dilahirkan pada 22 April 1993. Merupakan anak keempat bagi pasangan Nadzri bin Hanif dengan Siti Hawa bt Saidin. Putera bongsu dari dua, diberi nama oleh abangnya ketika hari pertama kelahirannya. Nama panggilan keluarga Achik. Ketika kecil lebih banyak menghabiskan masa di dalam Wad Pediatrik Kanak-kanak, Hospital Taiping kerana mengalami penyakit kencing berdarah, asma, radang paru-paru dan sebagainya.
Dibesarkan di Taman Kaya, Taiping dan mendapat pendidikan awal di Tadika Perpaduan ketika umur 6 tahun. Kemudiannya ke Tahun 1 di SK Pengkalan Aor sebelum berpindah ke SRK St. George (1) Taiping. Selepas darjah 6, beliau mendaftarkan diri ke SMK King Edward VII Taiping. Selepas keputusan PMR diumumkan, beliau kemudiannya berpindah ke SM Teknik Balik Pulau, Pulau Pinang sebelum menghabiskan Tingkatan 5 di SM Teknik Taiping, Kamunting.
Aktif bersukan dalam ragbi dan mewakili sehingga peringkat negeri ke kejohanan kebangsaan. Mengalami kecederaan berpanjangan di bahagian belakang memaksa beliau melupakan seketika dunia ragbi.
Orangnya sangat peramah, rajin bermasyarakat, bergaya dan sedikit gabra jika ingin melakukan sesuatu.
Malas nak wish sebab dah wish.
Hehehehehe
p/s : Personalitinya sangat2 berbeza dengan aku.

2 ulasan:
hepy beday alang's acik.
ok la die ckit je gabra...
Catat Ulasan